Champion Training & Consultancy Sdn Bhd merupakan sebuah syarikat pembangunan dan perundingan dalam bidang terapi, latihan, motivasi, kepimpinan, multimedia, pangkalan data dan analisis data. Syarikat ini telah didaftarkan dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) pada 15 Mac 2019.
Pengalaman-pengalaman syarikat ini sebelum ditubuhkan secara rasmi ia menggunakan nama 3E Training dan telah mengalami transformasi kepada Spritual Four E Training dan akhirnya sekarang menjadi sebuah syarikat Sendirian Berhad yang diberi nama Champion Training & Consultancy Sdn Bhd.
Keseluruhannya ia memberikan dua bentuk perkhidmatan latihan dan bukan latihan kepada ahlinya dan para pelanggan yang menyertainya.